KUTBAH JUMAAT
05 RABIULAWAL 1431H/19 FEBRUARI 2010M
MASJID
SEBAGAI PUSAT PERPADUAN UMMAH
Oleh: Ustaz Musally Moksin
MUSLIMIN
JEMAAH JUMAAT RAHIMAKUMULLAH,
Bertaqwalah kita kepada Allah SWT dengan
taqwa yang sebenar-benarnya. Taqwa dengan melaksanakan segala yang dititah
perintahkan oleh Allah SWT serta meninggalkan segala yang dilarang-Nya.
Sesungguhnya orang yang bertaqwa itu adalah hamba-Nya yang paling mulia dan
akan mendapat jaminan kejayaan, kemenangan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat
di sisi Allah SWT.
SIDANG
JEMAAH JUMAAT YANG BERBAHAGIA,
Masjid adalah simbol syiar Islam yang sangat
penting dalam kehidupan umat Islam. Masjid adalah jantung hati umat Islam.
Masjid adalah nadi kehidupan umat Islam. Kerana itu sewaktu peristiwa hijrah
Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah, perkara pertama yang menjadi agenda
besar Rasulullah SAW ialah membina masjid di Quba, yang terkenal sebagai Masjid
Quba’ di Madinah.
Dari masjid inilah bermulanya gerak nadi dan
hayat umat Islam hingga hari ini. Jika masjid umat Islam berfungsi dan
berperanan dengan baik, sudah tentu kehidupan umat Islam akan lebih baik,
teratur, barakah dan sentiasa mendapat pancaran sinar hidayah Allah SWT.
Sebab masjid berfungsi sebagai pusat ilmu,
pusat beramal ibadah, masjid pusat urusan hal ehwal umat Islam, seperti
mu’amalat, kebudayaan dan masjid juga merupakan pusat perpaduan dan ukhuwah
bagi seluruh umat Islam.
Di dalam Al Quran dinyatakan bahawa hanya
orang yang beriman akan memakmurkan masjid-masjid Allah, sebagaimana firman Allah
SWT:
Maksudnya: “Hanyasanya yang layak memakmurkan
(menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang yang beriman kepada Allah
dan hari akhirat serta (mereka pula) mendirikan Solat dan menunaikan Zakat dan
(mereka juga) tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat
tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi golongan yang mendapat petunjuk
(hidayah)”. (Surah At-Taubah, ayat 18)
SIDANG
JEMAAH JUMAAT YANG DIMULIAKAN,
Masjid sebagai pusat perpaduan ummah. Bermula dari fungsi
masjid sebagai tempat beribadat, tempat sujud, menunaikan Solat Jumaat, Solat
berjemaah, solat-solat Sunat, beriktikaf, tempat belajar ilmu-ilmu Islam
seperti mempelajari Al Quran, Tafsir, Hadith, Tauhid, Fiqah, Sirah, Akhlak dan
lain-lain.
Mari kita rujuk dan ambil pengajaran tentang fungsi
masjid di zaman Rasulullah SAW dan para sahabatnya yang menjadi pusat kehidupan
masyarakat telah terbukti berjaya dan berkesan menghidupkan nilai-nilai ibadah,
ilmu, ukhuwah dan perpaduan umat Islam.
Di zaman Rasulullah SAW dan zaman sahabat, masjid menjadi
institusi paling penting dan besar pengaruhnya dalam pembinaan sahsiah,
peribadi dan kehidupan umat Islam dalam semua bidang. Terbukti para sahabat
yang diasuh dan terbimbing dalam suasana persekitaran masjid telah berjaya
menjadi peribadi yang hebat, terbaik, cemerlang dan gemilang seperti Saidina
Abu Bakar, Umar Al-Khattab, Uthman Affan, Ali Abu Talib, Abdur Rahman Auf,
Abdullah bin Abu Bakar, Abdullah bin Umar, Abdullah bin Masud dan ramai lagi.
Malah masyarakat Islam di zaman Rasulullah SAW dan
sahabat adalah generasi umat Islam yang terbaik. Hal ini dinyatakan sendiri
oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud: “Sebaik-baik umatku
adalah pada zamanku…” (HR At-Tirmizi).
SIDANG
JEMAAH JUMAAT YANG DIMULIAKAN,
Hari ini fungsi masjid sudah berkembang menjadi pusat
penting dalam pelbagai fungsi antaranya menjadi pusat ilmu, dakwah, maklumat,
kebudayaan, mu’amalat dan sebagainya.
Dari sudut masjid sebagai pusat ilmu, ia berfungsi
menjadi tempat mengadakan kelas bimbingan Al Quran, kelas bimbingan fardu ain,
fardu kifayah, kelas tiusyen dan lain-lain. Dalam dakwah pula, masjid berfungsi
menjadi tempat pengislaman, ceramah, motivasi, bimbingan muallaf dan
sebagainya.
Masjid sebagai pusat maklumat, juga berfungsi untuk
menyebarkan ilmu dan maklumat Islam kepada masyarakat setempat, ahli kariah,
pelancung dan lain-lain. Menjadi pusat budaya dan mu’amalat atau masyarakat,
masjid berkesan dalam mendekatkan masyarakat khususnya umat Islam setempat,
ahli kariah dan masyarakat umum tentang keindahan Islam dari sudut ajaran dan
Syariat Islam, juga tentang budaya, gaya hidup, akhlak dan akal budi umat Islam
yang berpegang dengan Islam.
SIDANG
JEMAAH JUMAAT YANG BERBAHAGIA,
Tanggungjawab umat Islam terhadap institusi masjid juga
semakin berkembang bersesuaian dengan perkembangan zaman. Dalam sebuah Hadith
yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tirmizi yang bermaksud: “Rasulullah
SAW menyuruh kita membangun masjid-masjid di daerah dan masjid-masjid itu
dipelihara kebersihan dan keharumannya”.
Membangun masjid adalah perintah Rasulullah SAW, kemudian
umat Islam disuruh supaya bangunan ini hendaklah dipelihara dan dijaga
sebaik-baiknya. Terutama kebersihan, keharuman dan keceriaan masjid, iaitu
dalam dan luar masjid, termasuk menyediakan kemudahan asas lain seperti ruang
membaca, tempat berwuduk, bilik air dan lain-lain lagi.
Sesungguhnya mulialah orang yang sentiasa memelihara dan
menjaga kemuliaan masjid-masjid atau rumah-rumah Allah.
Perlu diingatkan, bahawa masjid adalah tempat paling
disukai Allah SWT, sebagaimana disebutkan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya
yang bermaksud: “Rasulullah SAW bertanya kepada malaikat Jibril AS: ‘Wahai
jibril, tempat manakah yang paling disukai Allah? Jibril AS menjawab:
‘Masjid-masjid dan yang paling disukai Allah ahlinya ialah orang yang pertama
masuk dan orang yang terakhir keluar meninggalkannya…” (HR Muslim)
Masjid disebut juga sebagai rumah Allah, masjid adalah
sebaik-baik bangunan yang paling disukai Allah SWT. Tentu ia merupakan tempat
paling aman, selamat dan damai kepada umat Islam yang selalu berkunjung ke
masjid. Masjid menjadi tempat beribadat, umat Islam yang datang ke masjid akan
mendapat bonus pahala dan keberkatan hidup di sisi Allah SWT.
Ini bermakna masyarakat dan umat yang hidup dalam
persekitaran masjid atau mereka yang sentiasa mengutamakan masjid dan tidak
pernah renggang daripada masjid kerana sentiasa memakmurkan masjid dengan
mengerjakan Solat berjemaah, beriktikaf, hadir majlis ilmu di masjid dan
seumpamanya adalah umat yang paling disukai di
sisi Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud:
“Gembirakanlah orang yang berjalan kaki di malam gelap gelita menuju ke masjid
bahawa bagi mereka cahaya yang terang benderang di hari Kiamat”. (HR
Al-Hakim dan At-Tirmizi).
SIDANG
JEMAAH JUMAAT YANG DIMULIAKAN,
Marilah kita ambil beberapa kesimpulan
sebagai dorongan kepada umat Islam supaya bersungguh-sungguh mengembalikan
fungsi masjid dalam membina sahsiah, peribadi dan umat Islam terbaik, sebagaimana umat Islam di zaman Rasulullah
SAW dan para sahabat. Oleh itu, umat Islam hendaklah:
1.
Memakmurkan masjid dengan
solat berjemaah, iktikaf dan mendalami ilmu Islam
2.
Mengembalikan fungsi masjid
dan mempelbagaikan fungsi mengikut peredaran zaman
3.
Menjadikan masjid tempat
beribadat dan selalu dikunjungi
4.
Menjadikan masjid sebagai
pusat masyarakat bagi menyelesaikan segala persoalan umat Islam
5.
Menjadikan masjid pusat
ilmu, dakwah, maklumat, tuisyen, bimbingan, kemasyarakatan dan lain-lain
Betapa indahnya, berkatnya dan cerianya
kehidupan umat Islam setiap hari berkunjung ke masjid, memakmurkan dan
menghidupkan masjid dengan Solat berjemaah, belajar Al Quran, hadir majlis
ilmu, menghantar kelas tuisyen anak di masjid dan sebagainya.
Pasti suasana sedemikian akan menghasilkan
umat Islam yang berilmu, terbaik dan kemuncaknya menghasilkan pula umat Islam
yang memiliki ikatan ukhuwah, saling bersefahaman dan bersatu padu melalui
masjid yang dibina di tengah-tengah kehidupan umat Islam.
Demikianlah, penting dan keutamaan masjid
kepada umat Islam. Jika fungsi masjid benar-benar dilaksana pasti kesan
impaknya teramat besar dan banyak sekali kepada kehidupan umat Islam secara
keseluruhannya.
terbitkan oleh:
Bahagian Penyelidikan dan Informasi
Jabatan Hal Ehwal
Agama Islam Negeri Sabah
Masjid Sebagai Pusat Aktiviti Kemasarakatan
Membudayakan Masjid Dalam Kalangan Generasi Muslim
Dimanakah lagi tempat untuk mencari ketenangan dan kedamaian di dunia ini jika tidak di rumah Allah yang tidak pernah mengehadkan waktu dan kekerapan untuk menerima kunjungan? Masjid bukan sekadar dilihat sebagai tempat untuk mendirikan solat tetapi juga memberi kemudahan untuk umat Islam mendapatkan manfaat dan berdakwah di jalan yang direhai Allah. Namun, situasi kini membayangkan kepada kita, masjid hanya menjadi tempat pertemuan golongan yang berusia. Adakah benar pengaruh dan daya tarikan untuk golongan muda dan belia dilihat kurang menyengat? Lantas, apakah sebenarnya peranan masjid dan kenapakah ia berlaku?
Masjid merupakan tunggak kepada kekukuhan dan kerukunan masyarakat setempat dalam menongkah arus kebangkitan
Islam. Ia menjadi lambang keagungan Islam kerana ia merupakan institusi
pertama yang telah didirikan oleh Rasulullah SAW apabila baginda
berhijrah ke Madinah. Semenjak terbinanya masjid yang pertama itu dan sepanjang sejarah awal Islam, masjid merupakan pusat penyebaran sinar Islam dan juga pusat pentadbiran awam.
Secara tuntasnya,
masjid bukan sahaja dilihat sebagai tempat beribadat dan membaca al-
Quran tetapi sebagai pusat kegiatan masyarakat dalam aspek pendidikan,
kemasyarakatan, kebajikan serta untuk kepentingan dan pertemuan bagi
orang Islam. Masjid juga berperanan sebagai sumber pertumbuhan harta-
harta wakaf yang selanjutnya memantapkan lagi fungsi tradisi masjid
sebagai pusat dakwah, pembangunan ilmu dan sains Islam. Namun,
bagaimanakah fungsi masjid ini dapat digarapkan secara sempurna agar
seluruh generasi muslim mendapat kemanfaatannya?
Menelusuri sirah baginda
Rasulullah, sesampainya hijrah Rasul ke Madinah, tempat pertama yang
ditentukannya ialah tapak masjid. Ini bermakna, permulaan dimana- mana
kawasan bermasyarakat sewajarnya bermula dengan menentukan tempat yang
paling strategik bagi pembinaan masjid sebagai tempat penyatupaduan
masyarakat setempat itu sendiri. Jika dilihat pada masa kini, pembinaan
sesebuah masjid adalah berpusat pada tempat yang menjadi tumpuan orang
ramai. Wajarlah jika dikatakan masjid mampu berperanan sebagai penyubur
keharmonian dan penyatuan masyarakat. Bagi masyarakat Islam di bawah
kepimpinan Rasulullah, masjid adalah tempat untuk memupuk peribadi
muslim yang kuat dan tahan sehingga mampu menjadi tunjang dalam membina
sebuah masyarakat Islam yang padu dan kuat. Jika ditafsirkan daripada
sudut mana pun, langkah dan tindakan Rasulullah itu
ternyata memaparkan kepada kita bahawa masjid merupakan tempat untuk
memproses, mendidik serta membentuk teras dan asas keperibadian muslim.
Ini ternyata kerana dari masjid, lahirnya graduan- graduan para sahabat
yang memiliki keperibadiaan yang utuh dengan ketaqwaan, keberanian, ilmu
dan amalan untuk menegakkan syiar Islam setelah perginya Junjungan
Besar kita Nabi Muhammad SAW.
Tetapi, apa yang kita lihat pada
hari ini masjid menjadi satu tempat pilihan untuk membuang bayi yang
tidak berdosa. Gejala yang tidak sihat ini bukan sahaja mencemarkan imej
masjid tetapi imej Islam keseluruhannya. Ia menggambarkan perilaku
umatnya yang tidak wujud langsung perasaan hormat terhadap masjid
sekaligus memalukan institusi masjid tersebut.
Masjid pada zaman Rasulullah,
menjadi tempat yang penting dalam usaha menyampai dan menyebarkan Islam
kepada umat manusia yang hidup sezaman dengan Baginda. Ini
semua bermula di masjid sebagai wadah dalam perkembangan ilmu Islam.
Kini, peranan masjid tidak lari jauh daripada fungsi penyebaran ilmu di
mana ia dijadikan ‘one stop centre' untuk berdakwah. Pengajaran agama
dan al quran kepada golongan dewasa dan kanak- kanak terus rancak
dijalankan di masjid. Aktiviti ini sekaligus dapat menghidupkan masjid
tersebut.
Mengimbau kembali sejarah lama,
Masjid Kiblatain di Madinah mempunyai iktibar yang tersendiri.
Penghayatan dengan wujudnya masjid tersebut ialah berlakunya pertukaran
kiblat umat Islam daripada menghala ke Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis
kepada arah Kaabah di Mekah. Disini, menunjukkan kepada kita haluan utama umat Islam juga ditentukan oleh masjid. Ia seolah- olah membentuk tasawwur atau cara pandangan kita terhadap
kehidupan. Masjid memikul amanah untuk menggilap pemikiran kita,
membetulkan pandangan yang mungkin kurang tepat, meningkatkan pandangan
yang sedia ada, mencetuskan pandangan baru yang diredhai oleh Allah dan
menggarap kekuatan yang mampu mengubah pandangan kita.
Pada masa kini, apabila disebut
masjid, terbayang diruang mata kita binaan yang cukup indah tersergam,
tempat kaum muslimin solat berjemaah dan solat jumaat, terdapat kelas-
kelas agama yang dihadiri oleh kebanyakan warga yang lanjut usia dan
kadang- kadang diadakan ceramah sempena perayaan tertentu dalam Islam.
Alat kelengkapan masjid pada umumnya mencukupi dan sempurna dihiasi
dengan ukiran ayat Al Quran dan Hadith, dihamparkan permaidani indah.
Namun, keindahan dan kemudahan yang wujud seolah- seolah tidak sempurna,
hilang serinya dan kosong, tidak bersemangat, kurang berfungsi dan
peranannya tidak terasa kerana ia tidak diimarahkan sewajarnya. Ia hanya
merupakan lambang kemegahan yang membayangkan status kedudukan agama
Islam dari segi tempat, bangunan dan kelengkapan, bukan dari segi
pengisian dan penghayatan. Sedangkan pengisian dan penghayatan menjadi
matlamat utama dalam pembinaan masjid. Usaha untuk membawa masyarakat
Islam kembali ke pangkuan masjid perlu dipertingkatkan dan mencari
penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi.
Antara masalah yang seringkali
disebut ialah bagaimana kurangnya ahli jemaah yang mengimarahkan masjid,
berkurangnya bilangan muslimin yang menghadiri majlis ilmu dalam masjid
kerana ada yang beranggapan majlis ilmu di masjid adalah program yang
tidak tinggi mutunya berbanding program lain. Masalah lain ialah tidak
tersusunnya majlis ilmu yang diadakan dimasjid dan kurangnya masa yang
digunakan oleh orang Islam untuk memanfaatkan masjid.
Kurangnya kesedaran terutamanya
belia menjadi punca ramai yang tidak berminat untuk mengunjungi masjid.
Begitu juga dengan faktor penyampaian dakwah yang belum sampai ke tahap
yang sepatutnya turut menyumbang kurangnya jemaah masjid. Jadi, untuk
merealisasikan peranan masjid agar turut menjadi penarik kepada generasi
muda, pendekatan dan skop perlu diperbaiki serta diperluaskan. Selain
menggunakan pendekatan lama, masjid boleh dilengkapi dengan kemudahan
komputer dan internet. Ia mungkin akan menarik belia kita untuk
mendekati masjid. Di samping itu, perpustakaan boleh ditubuhkan bagi
memenuhi peranannya sebagai pusat penyebaran ilmu. Secara tidak
langsung, ia dapat menarik lebih ramai masyarakat dan menepis tanggapan
bahawa masjid hanya tempat untuk golongan tertentu sahaja dan hanya
berbentuk keagamaan.
Oleh itu, perlunya ditingkatkan
kelicinan dalam pentadbiran masjid dalam menyampaikan suara dakwah
islamiah. Menghapuskan karenah birokrasi dalam pengurusan masjid mampu
melicinkan pentadbiran dan mengelakkan kekeliruan masyarakat dalam usaha
menggalakkan pelbagai aktiviti ilmu dan kemasyarakatan diadakan di
masjid. Kerjasama yang berkesan antara semua pihak diperlukan dalam
usaha mengimarahkan masjid. Penjelasan perlu dibuat supaya kedudukan
masjid yang sebenarnya disebarkan kepada masyarakat melalui seminar,
bengkel dan sebagainya. Sistem pendidikan Islam hendaklah dihidupkan
semula di masjid- masjid untuk umum sama ada kanak- kanak dan juga
wanita yang melibatkan pendekatan yang terbaik dari guru- guru yang
berwibawa dan mahir. Sikap dan pandangan masyarakat terhadap pendidikan
di masjid perlu dianjakkan supaya ianya dihormati dan disokong secara
moral dan material. Masyarakat juga hendaklah digalakkan mengunakan
masjid seboleh- bolehnya untuk aktiviti mereka seperti mengadakan majlis
pengajian, perhimpunan yang diharuskan oleh syarak seperti majlis akad
nikah dan sebagainya.
Seluruh hidup seseorang muslim itu sepatutnya dilaksanakan dalam iklim yang terbentuk dengan pengaruh masjid. Usaha
untuk menyemarakkan rasa cintakan masjid dalam kalangan masyarakat
Islam diperlukan dalam mengislahkan diri. Nabi Muhammad SAW pernah
bersabda: "Barangsiapa yang membangunkan masjid kerana Allah, nescaya Allah akan membangunkan baginya yang semacamnya di dalam syurga".Maka
hendaklah kita memulakan langkah perubahan ini untuk memartabatkan
masjid dengan memulakan perubahan dalam diri kita sendiri. Imam Harith
al Muhasibiy meriwayatkan daripada sahabat katanya: ‘Akan tiba satu ketika, masjid- masjid besar tersergam indah, tetapi tidak mampu lagi melahirkan hidayah'. Oleh
itu, peningkatan ilmu, iman dan amal amatlah diperlukan untuk setiap
mukmin bagi memartabatkan institusi masjid dalam mengembalikan
kecemerlangan dan kegemilangan umat Islam di mata duniaMasjid Sebagai Sumber Kekuatan Ekonomi
Membangun Kekuatan Ekonomi Mesjid | ![]() |
![]() |
Ditulis oleh Irfan Syauqi Beik, Msc |
Aabila umat Islam memiliki komitmen yang kuat untuk memberdayakan mesjid sebagai pusat kegiatan perekonomian, maka berbagai permasalahan yang terkait dengan rendahnya tingkat kesejahteraan umat akan dapat diatasi. Bahkan bukan tidak mungkin, hal ini akan menjadi sumber inspirasi bagi kebangkitan umat Islam di seluruh bidang kehidupan. Sebagaimana telah diketahui bersama, mesjid adalah pusat ibadah umat Islam. Jika kita menilik pada shirah Rasulullah SAW, maka kita akan menemukan fakta bahwa mesjid memiliki peran yang sangat vital dan signifikan dalam pengembangan dakwah Islam. Rasulullah menjadikan mesjid sebagai sentra utama seluruh aktivitas keumatan, apakah itu dalam aspek tarbiyah (pembinaan) para sahabat, pembentukan karakter para sahabat sehingga mereka memiliki keimanan dan ketakwaan yang sangat kokoh kepada Allah SWT, maupun aspek-aspek lainnya termasuk politik, strategi perang, hingga pada bidang ekonomi, hukum, sosial dan budaya. Pendeknya, mesjid menjadi pusat utama ibadah umat Islam, dari mulai ibadah mahdlah yang bersifat ritual hingga ibadah muamalah yang bersifat sosial. Pada kesempatan ini, penulis bermaksud memfokuskan pada upaya membangun kekuatan ekonomi mesjid. Jika kita kembali kepada perjalanan dakwah Rasul bersama para sahabatnya, maka kita kita akan menemukan kenyataan bahwa kegiatan ekonomi mendapat perhatian tersendiri dari Rasulullah Muhammad SAW. Sebagai bukti kecil adalah dekatnya lokasi pasar dengan mesjid, sehingga tidaklah mengherankan jika di sekitar lokasi Masjidil Haram dan Mesjid Nabawi ditemukan pasar, yang hingga sekarang keberadaannya masih tetap terpelihara. Bahkan jemaah haji kita—pada musim haji—sangat dikenal dengan kebiasaannya, yaitu setelah melaksanakan thawaf mengelilingi Ka’bah, mereka melakukan “thawaf� di Pasar Seng (istilah bagi pasar di sekitar lokasi Masjidil Haram), untuk membeli berbagai macam cinderamata yang akan dibawa ke tanah air. Ini membuktikan bahwa ajaran Islam sangat memberikan perhatian pada upaya untuk mengembangkan perekonomian umat. Hal ini memberikan peluang kepada kita untuk memikirkan upaya untuk membangun kekuatan ekonomi umat dengan berbasis mesjid. Tentu saja yang penulis maksud disini adalah bukan untuk menjadikan mesjid sebagai “balai perdagangan�, karena hal tersebut memang dilarang oleh Rasulullah SAW, sebagaimana dinyatakan dalam sabdanya : “Apabila kamu melihat orang menjual atau membeli di dalam mesjid, maka katakanlah kepadanya : Mudah-mudahan Allah tidak untungkan perdaganganmu� (HR Imam Nasa’i dan Tirmidzi). Yang perlu kita pikirkan adalah bagaimana membangun kekuatan ekonomi yang memanfaatkan segala potensi yang dimiliki oleh mesjid, baik itu potensi jemaah, potensi lokasi mesjid, potensi ekonomi masyarakat sekitar mesjid, dan potensi-potensi lainnya. Bila kesemua potensi tersebut dapat dikelola dengan baik, maka penulis berkeyakinan bahwa problematika pengangguran dan kemiskinan, yang menjadi musuh utama umat Islam dewasa ini, akan dapat diminimalisasi. Langkah-langkah yang dapat dilakukan Ada beberapa langkah yang dapat dilakukan didalam membangun dan merealisasikan potensi kekuatan umat berbasis mesjid. Langkah-langkah tersebut antara lain : Mendata potensi jemaah mesjid Sudah saatnya pengurus mesjid memiliki data potensi jemaah yang dimilikinya. Jika kita cermati, maka jumlah mesjid yang memiliki data potensi jemaah masih terbilang sangat sedikit. Kalaupun ada, maka kualitas data yang dimiliki umumnya masih kurang memuaskan. Untuk itu, sebagai langkah awal didalam membangun kekuatan ekonomi mesjid, maka ketersediaan data potensi ini menjadi sebuah keharusan. Data ini, paling tidak, meliputi : - data jemaah yang terkategorikan mampu dan tidak mampu, dengan standar yang ditetapkan oleh pengurus mesjid, termasuk lokasi persebaran tempat tinggalnya - diversifikasi mata pencaharian masing-masing individu jemaah mesjid - latar belakang pendidikan para jemaah, termasuk data kependudukan lainnya yang bersifat standar, seperti usia dan jenis kelamin Pengurus mesjid hendaknya menganalisis pula tingkat partisipasi masing-masing jemaah dalam berbagai kegiatan yang diselenggarakan oleh pihak mesjid. Hal ini dapat dijadikan sebagai indikator komitmen yang bersangkutan didalam memakmurkan mesjid. Mendata potensi ekonomi lingkungan sekitar mesjid Langkah selanjutnya adalah mendata potensi ekonomi masyarakat yang tinggal di sekitar mesjid, termasuk menganalisis potensi strategis lokasi mesjid. Tentu saja mesjid yang berlokasi di daerah perumahan yang mayoritas penduduknya bekerja pada sektor jasa, akan memiliki potensi yang berbeda dengan mesjid yang berlokasi di wilayah yang didiami oleh mayoritas petani atau nelayan. Analisis yang tepat akan menggiring pada pemilihan aktivitas ekonomi yang tepat. Misalnya, untuk wilayah perumahan yang tidak memiliki toko yang menjual kebutuhan dasar rumah tangga, maka mesjid dapat membuka usaha toko untuk memenuhi kebutuhan tersebut. Atau mesjid dapat membuka usaha pengadaan pupuk murah bagi petani, apabila mayoritas penduduk sekitar mesjid adalah petani, namun memiliki kesulitan didalam mendapatkan pupuk murah. Masih banyak contoh lainnya, akan tetapi yang terpenting adalah pihak pengelola mesjid harus mampu menangkap kebutuhan masyarakat sekitar, sehingga ini akan memberikan ruang dan peluang bagi pengembangan aktivitas ekonomi mesjid. Menggandeng mitra yang berasal dari Bank Syariah, BPRS Syariah, maupun lembaga keuangan syariah (LKS) non bank lainnya Pada langkah selanjutnya, pihak mesjid sebaiknya menggandeng mitra / partner yang berasal dari lembaga keuangan syariah, baik institusi perbankan seperti bank syariah dan BPRS syariah, maupun institusi non bank seperti BMT (Baytul Maal wa at-Tamwil). Hal ini sangat penting untuk dilakukan, disamping sebagai syiar dan dakwah, juga untuk menumbuhkan kesadaran berekonomi secara Islami bagi masyarakat umum. Pihak mesjid pun akan mendapatkan tambahan sumber pembiayaan bagi kegiatan operasionalnya. Bagi pihak bank syariah, hal ini merupakan peluang dan kesempatan untuk memperluas pasar, dengan menyerap segmen masyarakat sekitar mesjid secara lebih optimal. Bahkan pihak bank pun dapat membuka kantor cabang pembantu, atau kantor kas yang berlokasi di sekitar mesjid dengan tujuan untuk menjaring nasabah potensial. Memperkuat jaringan ekonomi dengan mesjid lainnya Didalam era global dewasa ini, salah satu sumber kekuatan bisnis adalah terletak pada kekuatan jaringan yang dimiliki. Semakin luas jaringan, semakin kuat pula bisnis yang dimiliki. Karena itulah, mesjid harus memanfaatkan secara optimal potensi jaringan yang dimilikinya. Jaringan merupakan salah satu sumber kekuatan umat yang harus dikelola dengan baik, sehingga akan memiliki manfaat yang bersifat luas. Sebagai contoh, dengan jaringan yang baik, maka Mesjid A yang memiliki usaha untuk menjual beras petani disekitarnya, akan dapat memasarkan produknya kepada Mesjid B yang membutuhkan pasokan beras bagi kebutuhan masyarakat sekitarnya yang bekerja, misalkan, pada sektor industri jasa. Dengan pola seperti ini, maka dapat dipastikan sektor riil akan bergerak, dan tingkat pengangguran pun dapat diminimalisir karena pihak mesjid dapat mempekerjakan anggota masyarakat yang tidak mendapatkan pekerjaan. Penutup Penulis berkeyakinan, apabila umat Islam memiliki komitmen yang kuat untuk memberdayakan mesjid sebagai pusat kegiatan perekonomian, maka berbagai permasalahan yang terkait dengan rendahnya tingkat kesejahteraan umat akan dapat diatasi. Bahkan bukan tidak mungkin, hal ini akan menjadi sumber inspirasi bagi kebangkitan umat Islam di seluruh bidang kehidupan. Semoga! Wallahu`alam. ------------------------------------------------------------------------------------- [1] Penulis adalah Mahasiswa Pascasarjana Ekonomi Islam, International Islamic University Islamabad. |
Masjid Sebagai Pusat Kecemerlangan ilmu dan kebudayaan Islam
Mengembalikan kegemilangan masjid sebagai pusat penyebaran ilmu
SETIAP kali Ramadan, masjid di seluruh dunia bertukar suasana.
Meriah dan penuh dengan acara. Selain majlis berbuka puasa dan solat
tarawih, masjid juga menjadi kunjungan untuk bertadarus al-Quran,
tazkirah dan qiamulail. Ada juga masjid yang memainkan peranan sebagai
pusat kegiatan masyarakat sepanjang Ramadan, daripada penyediaan juadah
berbuka puasa sehinggalah program ziarah pesakit di hospital.
Memang masjid mempunyai peranan penting dalam sejarah Islam. Sebelum tiba di Madinah, dalam rangka hijrah, Rasulullah SAW telah mendirikan Masjid Quba. Semua pusat pendidikan, perdagangan dan pentadbiran sepanjang sejarah Islam berligar di sekitar masjid. Barangkali tidak salah untuk merumuskan bahawa institusi masjid mencetuskan perkembangan peradaban Islam.
Kegemilangan peradaban ilmu ini diungkapkan oleh Herbert A Davies: Orang Muslim telah mendirikan universiti besar selama beberapa abad jauh mengatasi Eropah Kristian. Perpustakaan besar dibangunkan, berisi beratus ribu jilid buku yang terdaftar dan tersusun rapi. Ramai orang Kristian belajar di Universiti Cordova membawa ilmu dan kebudayaan ke negeri asal mereka.
Sempena Ramadan mulia ini marilah kita berfikir. Bagaimanakah sejarah itu boleh kita ulangi? Bagaimanakah universiti di negara Islam kembali menjadi pusat kecemerlangan ilmu termaju mendahului saingannya di Timur dan Barat? Apakah sekadar kita berpuas hati dengan catatan nostalgia bahawa masjid pernah menjadi pusat pembangunan peradaban Islam?
Sehubungan itu saya menyarankan lima langkah perlu difahami dan dihayati.
Pertama: Seluruh umat Islam khususnya golongan pelajar dan pendidik perlu memurnikan niat, meningkatkan komitmen dan penghayatan ilmu. Makna penghayatan ilmu bukan sekadar memencil diri membaca, menekuni, memahami dan meluahkan kembali mantra ilmu di atas kertas untuk memenuhi tuntutan mendapatkan segulung ijazah. Bagi umat Islam, penghayatan ilmu bermakna berusaha memaju dan merealisasikan ilmu dalam konteks amalan, pekerjaan, perniagaan, pentadbiran dan pembangunan ummah.
Kedua: Kita juga perlu meningkatkan minat dan amalan membaca bahan ilmu. Membaca adalah arahan pertama wahyu Ilahi. Membaca adalah kaedah untuk mendapatkan ilmu. Maka pada Ramadan yang mulia ini, marilah bersama-sama kita memulakan langkah memperbanyakkan membaca dan memahami al-Quran sebagai sumur ilmu utama disamping bahan ilmiah lain.
Ketiga: Marilah kita bersama memperkasakan potensi ilmu dalam kehidupan seharian dengan memanfaatkan kewujudan pusat ilmu seperti universiti, kolej, maktab, sekolah dan masjid. Universiti perlu berperanan penyubur kecemerlangan dan budaya ilmu menerusi aktiviti formal dan tidak formal.
Keempat: Marilah kita merealisasi dan menghayati ilmu dengan melaksanakan apa yang kita fahami. Kita juga perlu menggunakan hasil penyelidikan dan inovasi yang dilakukan termasuk warga kampus untuk manfaat umat sejagat.
Kelima: Kita perlu terus berinovasi untuk menghadapi cabaran dan saingan sejagat, selari inisiatif kerajaan menjadikan 2010 sebagai Tahun Inovasi.
Inovasi bukan hanya untuk golongan intelektual, karyawan dan seniman semata-mata. Inovasi boleh dan perlu dilakukan oleh seluruh umat Islam dalam bidang kepakaran, pekerjaan dan minat masing-masing.
Sesungguhnya masjid adalah simbol kegemilangan Islam. Maka Ramadan seharusnya mengingatkan kita supaya masjid terus dimakmurkan.
Penulis ialah Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia
Memang masjid mempunyai peranan penting dalam sejarah Islam. Sebelum tiba di Madinah, dalam rangka hijrah, Rasulullah SAW telah mendirikan Masjid Quba. Semua pusat pendidikan, perdagangan dan pentadbiran sepanjang sejarah Islam berligar di sekitar masjid. Barangkali tidak salah untuk merumuskan bahawa institusi masjid mencetuskan perkembangan peradaban Islam.
Peradaban Islam melonjak dalam bidang ilmu sains dan teknologi;
perdagangan dan keadilan sosial sehinggalah mewarnakan norma dan tata
budaya zaman bermula abad kelapan masihi. Hal ini menarik warga
sezaman dari Timur dan Barat untuk menimba ilmu dan kepakaran di pusat
ilmu yang ketika itu dikenali sebagai madrasah, maktab atau jamiah yang
semuanya berpusat di masjid di serata negara Islam. Sebahagiannya pulang
berbekal ilmu pengetahuan yang dikembangkan menerusi epistemologi dan
peradaban Islam dalam bidang matematik, falsafah, perubatan, kimia,
fizik, kejuruteraan, perundangan dan lain-lain.
Kegemilangan peradaban ilmu ini diungkapkan oleh Herbert A Davies: Orang Muslim telah mendirikan universiti besar selama beberapa abad jauh mengatasi Eropah Kristian. Perpustakaan besar dibangunkan, berisi beratus ribu jilid buku yang terdaftar dan tersusun rapi. Ramai orang Kristian belajar di Universiti Cordova membawa ilmu dan kebudayaan ke negeri asal mereka.
Sempena Ramadan mulia ini marilah kita berfikir. Bagaimanakah sejarah itu boleh kita ulangi? Bagaimanakah universiti di negara Islam kembali menjadi pusat kecemerlangan ilmu termaju mendahului saingannya di Timur dan Barat? Apakah sekadar kita berpuas hati dengan catatan nostalgia bahawa masjid pernah menjadi pusat pembangunan peradaban Islam?
Sehubungan itu saya menyarankan lima langkah perlu difahami dan dihayati.
Pertama: Seluruh umat Islam khususnya golongan pelajar dan pendidik perlu memurnikan niat, meningkatkan komitmen dan penghayatan ilmu. Makna penghayatan ilmu bukan sekadar memencil diri membaca, menekuni, memahami dan meluahkan kembali mantra ilmu di atas kertas untuk memenuhi tuntutan mendapatkan segulung ijazah. Bagi umat Islam, penghayatan ilmu bermakna berusaha memaju dan merealisasikan ilmu dalam konteks amalan, pekerjaan, perniagaan, pentadbiran dan pembangunan ummah.
Kedua: Kita juga perlu meningkatkan minat dan amalan membaca bahan ilmu. Membaca adalah arahan pertama wahyu Ilahi. Membaca adalah kaedah untuk mendapatkan ilmu. Maka pada Ramadan yang mulia ini, marilah bersama-sama kita memulakan langkah memperbanyakkan membaca dan memahami al-Quran sebagai sumur ilmu utama disamping bahan ilmiah lain.
Ketiga: Marilah kita bersama memperkasakan potensi ilmu dalam kehidupan seharian dengan memanfaatkan kewujudan pusat ilmu seperti universiti, kolej, maktab, sekolah dan masjid. Universiti perlu berperanan penyubur kecemerlangan dan budaya ilmu menerusi aktiviti formal dan tidak formal.
Keempat: Marilah kita merealisasi dan menghayati ilmu dengan melaksanakan apa yang kita fahami. Kita juga perlu menggunakan hasil penyelidikan dan inovasi yang dilakukan termasuk warga kampus untuk manfaat umat sejagat.
Kelima: Kita perlu terus berinovasi untuk menghadapi cabaran dan saingan sejagat, selari inisiatif kerajaan menjadikan 2010 sebagai Tahun Inovasi.
Inovasi bukan hanya untuk golongan intelektual, karyawan dan seniman semata-mata. Inovasi boleh dan perlu dilakukan oleh seluruh umat Islam dalam bidang kepakaran, pekerjaan dan minat masing-masing.
Sesungguhnya masjid adalah simbol kegemilangan Islam. Maka Ramadan seharusnya mengingatkan kita supaya masjid terus dimakmurkan.
Penulis ialah Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia
Masjid Sebagai Zon Bersih, Aman, Ceria dan Selamat
Masjid Sebagai Destinasi Pelancongan Dan Medium Dakwah Yang Berkesan
No comments:
Post a Comment